Kisah papan tanda 'menutup aurat' yang malang
Arakian, bercerita la sang kancil tentang seekor mangkok yang akan merasmikan satu stesyen TV serta melawat kawasan. Kerana pejabat stesyen TV itu terletak di dalam satu kawasan yang mengharapkan semua hadirin menutup aurat, maka gelisah lah akan adanya.
Wakil si mangkok yang terdiri dari kalangan beruk beruk yang berbulu tebal terpaksa memastikan semua yang ada di sana kelak bakal di sukai oleh simangkok.
Antara yang palingi dibimbangi oleh beruk-beruk itu adalah terdapatnya beberapa papan tanda yang tertulis, "Terima kaseh kerana menutup aurat" yang berada hampir di semua kawasan di penempatan tersebut.
Maka berbincang lah si beruk beruk dengan wakil penempatan, akan apa kah yang disukai dan tidak digemari oleh simangkok termasuk perihal papan tanda itu.
Setelah perbincangan di jalankan, maka bersetuju lah kedua dua pihak untuk melakukan magikal dan keesokan harinya, papantanda itu pun hilang dari pandangan.
Sikancil hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat siberuk yang terpaksa mengubah syarat-syarat demi untuk memastikan si mangkok senang hati dan sentiasa riang. Atau mungkin kah itu yang di pesan oleh simangkok kepada beruk beruk pada setiap kali lawatan.
Gemok nya mangkok ....
Apa apa pun .. Salam Maal Hijrah kepada pelayar semua.
3 comments:
dunia oh dunia..
lagi takut manusia drpd hukum Allah..
Khir Toyo: Mana bulu merak, mana bulu ketiak
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
Berkokoklah hulubalang UMNO dengan mendakwa bahawa kerajaan tidak memilih bulu. SPRM juga mendakwa Khir Toyo meskipun beliau adalah pemimpin UMNO. Inilah lawak bodoh UMNO-BN. Khususnya para bloggers dan media pengampu UMNO. Sememangnya UMNO nak mendakwa ni semestinya memilih bulu. SPRM hanya pak angguk aje. Itu pasal kena tunggu lama. Kes penjualan tanah tersebut telah berlaku tahun 2004. Kenapa sekarang? Pilih bulu le tu.
Masa tu Datuk Khir Toyo adalah bulu merak. Bulu yang wangi lagi bertatahkan emas. Selaku MB Selangor menjadi kesayangan UMNO. SPRM haram tak boleh sentuh. Tetapi kini, Khir Toyo dah jadi bulu ketiak UMNO, dah le busuk, hangit lagi. Meskipun pipinya dan wajahnya dah gebu melecun, tapi politik beliau dah mula gelunsur. Bak pernah duduk di kemuncak bukit. sekarang ni dah berguling turun. Ini berlaku selepas PR berjaya menumbangkan BN di Selangor dan Khir Toyo hanya layak menjadi ketua pembangkang sahaja. Apatah lagi krisis dalaman negeri Selangor makin memuncak apabila perebutan antara team Datuk Khir Toyo dan Datuk Noh Omar. Tu tak masuk lagi Team Satim Diman. Masing-masing ada fail masing-masing. Peteh memeteh ni kerja UMNO. SPRM sentiasa berlampu kuning. Cuma tunggu green-light sahaja.. nak dakwa bila. Tunggu signal aje dari dewa-dewa diatas kayangan. Hah sekarang masa yang tepat!
Kini Datuk Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah melibatkan dua lot tanah dan istana mewah beliau yang pernah kontreversi dahulunya kerana melibatkan pembinaan ala Bali yang dikatakan mencecah nilaian RM20j. Kita tengoklah jengkal siapa yang lebih panjang. Nyawa siapa yang lepas. Siapa yang ternobat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor nanti.
Sebagai rakyat kita jangan terpana dengan wayang kulit mainan UMNO ni. Jangan anda lupa ketika krisis MB Terengganu. Apabila Derih Jusoh disingkirkan kerana derhaka kepada Sultan Terengganu, lalu Mat Said hendak ditabalkan sebagai MB Terengganu. Fuhhh!!! SPRM menghambat Mat Said macam koboi Rodeo menghambat lembu jantan. Mat Said tak berani tidur kat rumah kerana takut ditahan BPR masa tu. Hari esok beliau handak menerima watikah dari pihak istana. Kalau ditahan, tamat le riwayat Mat Said selaku gedebe UMNO. Rupanya jengkal beliau lebih panjang dari jengkal Derih Jusoh. Kini Mat Said selesa bersemayam di banglo mewahnya di Kijal.
Pada 22 Mac tahun 2008, ketika kemelut memuncak, TV3 telah menyiarkan berita, ADUN Kijal yang disebut-sebut akan dilantik sebagai MB, disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR). Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek iaitu:-
1. Projek Roller Coaster di Kemaman pada 1995
2. Projek Pembinaan Dewan Besar Seri Amar Chukai, Kemaman pada 2007
3. Projek Mercu Tanda Daerah Kemaman di Bandar Chukai pada 2006
4. Projek Tambun Tanah di Kijal pada 2008 (3 kes)
Bayangkan Pembinaan Mercu Tanda Kemaman sejemput tu aje diberi kepada syarikat kroni dengan harga RM3,996,928.00 pada 13 November, 2005 dan kini sudah sekian lama rosak tak terpakai. Buat malu orang Kemaman aje. Air tak memancut lagi, batang tiang dah tak bertukar warna, batu globe mat said pun dah dah expired.?tak berpusing dan skrin tanpa tulisan, dah jadi hitam legam… Ibarat dah mandul pe!!!
Kini setelah Datuk Ahmad Said masih lagi duduk di tampuk empuk MB Terengganu timbul pula pelbagai isu penyelewengan baru. Isu wang ehsan yang tak kesudahan yang disalah-gunakan untuk kepentingan UMNO-BN di Terengganu. Isu penyelwengan RM300j untuk membangunkan pulau-pulau di Tasik Kenyir dengan mewujudkan Pulau Burung, Pulau Rama-rama, Taman Orkid dan Pulau Herba dan sebagainya. Isu penyelwengan dan anugerah balak kepada golongan kroni dan orang istana tertentu dan bermacam-macam lagi. Tapia pa SPRM peduli??? Datuk Mat Said kini bak bulu merak bersalut emas.
Beberapa ketika dulu berbunyi jugak isu SPRM nak menyiasat Datuk Idris Jusoh selepas pelucutan beliau dari tampuk MB Terengganu. Antara penyelewengan yang dilaporkan termasuklah tuntutan VO (Variation Order) Masjid Kristal yang asalnya RM80 juta menjadi RM200 juta lebih. Juga turut didakwa adalah tuntutan VO stadium dari RM180 juta menjadi hampir RM300 juta. Semua wang tuntutan ini difahamkan telah diselewengkan untuk pribadi disebalik kononnya untuk “Political Fund” yang diletakkan atas nama proksi dan kroni. Siasatan kes projek Taman Tamadun Islam dan penganjuran Piala Monsun di Pulau Duyung, juga turut didakwa berlaku penyelewengan.
Bayangkan bukan sedikit royalti Petronas yang telah membuat bayaran sebanyak RM7.3 bilion kepada negeri Terengganu itu sejak empat tahun selepas Umno kembali memerintah Terengganu. Tetapi kemana duit itu ghuyub? Sekarang sudah 2 tahun pulak Mat Said jadi MB. Entah kemana fail dah hilang.
Habis apa SPRM buat? Buat apa lagi kalau duk tengah pilih bulu le tu. Agak-agak mana dia bulu merak, mana dia bulu ketiak? Tapi kalau pimpinan PR yang dikatakan ada terlibat dengan rasuah, tak bertangga dikejarnya… yelahh… bulu ari-ari. Cepat le pergi chek!!!
Post a Comment