Rakan WARTAMAYA

Friday, November 5, 2010

Sarip Dol cuma jaguh kampong...wakakaka!!!

Penganalisis: Kuasai Galas, Batu Sapi bukan petanda sebenar BN 'kian kuat'

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari
berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan
berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan
petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.

"Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya
kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.

"Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13
pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman
sahaja," kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa
ini kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu
aras tanda perikatan itu kian kuat.

"Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.

"Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai,
Bagan Pinang dan Hulu Selangor," ujar beliau lagi.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
BN tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya
kecil Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas, sebaliknya perlu terus
berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum
ke-13 kelak.

Muhyiddin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan
baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak,
tetapi ia tidak boleh diambil mudah.

"Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada
perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil
sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada
banyak kerja yang perlu dibuat," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika
diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13
setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.

BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi
1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan
majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Bagaimanapun A. Aziz (gambar) mengakui kemenangan Umno sepatutnya
memberi isyarat penting kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS
sejak lebih 20 tahun lalu.

"Satu signal yang penting untuk pentadbiran negeri Kelantan.

"Jangan terlalu selesa walaupun telah melepasi tempoh 20 tahun
memegang kuasa," kata beliau.

Jelas beliau, Umno yang dikatakan kuat itu masih tidak bersedia untuk
menghadapi pilihan raya kecil seterusnya.

"Kita tengok apakah Barisan bersedia untuk menghadapi pilihan raya
kecil di (Parlimen) Batu atau dua kerusi DUN di Kedah.

"Kita tahu Barisan terkial-kial untuk mengelak pilihan raya kecil di
situ," katanya.

"Malangnya ini disahkan oleh mahkamah. Walaupun kita tidak mengatakan
mahkamah bersekongkol tetapi sebagaimana dalam kes-kes lain keputusan
memihak kepada Barisan meskipun di sisi undang-undang ia sukar
dipertahankan," ujarnya.

Sambil tidak menolak bahawa terdapat beberapa kelemahan pada
perjenteraan PAS, A. Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata,
kemenangan BN kali ini seakan disebabkan salah guna jentera kerajaan
pusat sendiri.

"Pada PRU (pilihan raya umum) tidak mudah untuk Barisan (Nasional)
menggunakan agensi kerajaan seperti JHEOA umpamanya," ujarnya.

Bercakap soal trend pengundian yang di luar jangkaan semua pihak,
beliau mempunyai pandangan tersendiri.

"Dan, mungkin pengundi sengaja tidak mahu memprovokasi Barisan kerana
kalau ia tewas kemungkinan ia jadi lebih 'ganas', itu memang ada dan
agensi seperti SPR dan polis akan lebih berat sebelah," dakwa beliau.

Disebabkan itu, beliau berkata kedua-dua pilihan raya kali ini
tidaklah memberi impak berantai pada landskap politik Malaysia.

"Dalam konteks Malaysia pilihan raya kecil adalah sesuatu yang
sepatutnya dimenangi oleh BN yang turut dibantu oleh SPR dan sistem
yang tidak adil.

"Ini tidak semestinya memberi gambaran positif bagi pilihan raya kecil.

"Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada perubahan, siapa pun menang
kerajaan negeri dan pusat tetap sama," tambah beliau.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil
Osman mengemukakan persoalan "apakah yang BN hendak dibanggakan dengan
kemenangan ini."

"Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan
ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara
terang-terangan?

"Berselindung di sebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan
jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?" kata beliau
dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, bagi Pakatan Rakyat, kekalahan semalam memberi makna
bahawa Galas dan Batu Sapi bakal kembali dimenangi dalam pilihan raya
umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan
dan DUN Ijok dua tahun lalu.

"Kerana pilihan raya kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan
sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan
Rakyat," katanya lagi. - minsider
Share/Bookmark

2 comments:

ZOMBI KG PISANG,  November 5, 2010 at 9:58 PM  

DENGKILE TUUUU...

Melingkup bersama PAS,  November 5, 2010 at 10:24 PM  

Sore loser, dah kalah sudah ler, ini qada dan qadar dari Allah.

Takan ni pun orang pas tak reti ?
Kata pandai agama.

Ehh! Jap, padai apa nama, dengan kafir harbi pun pun sanggup berpeluk cium.

Tak padai juga rupanya ! keh, keh, keh jangan marah aaaa, sabar.

Sabar ,mmm Tok guru pun tak sabar juga, ada patut kata mu mapuh dulu.

Pehh tak ikut sunah langsung.

Ada brani approve, konfirm tak berani, takut DAP marah kan.

Ok serius sori aaaa, saja gurau.

Blog list