Rakan WARTAMAYA

Saturday, November 6, 2010

Nko nak tipu sapa tu Leman?

Wakakak !!!
Oiii...Leman ! Nko nak tipu sapa?
Melayu mudah lupa?... Tu melayu bodoh. Kalau Melayu bijak, dia x lupa,
tapi catit dan x lupa ..... muakakaka!!!
Akai ada pakai...
Akai jangan letak dalam guni 4 tahil, nanti bodoh cam amngok. Muakakaka!!!
------------
Bala akui tandatangan akuan bersumpah palsu

Bekas penyiasat persendirian S Balasubramaniam menyelar kerajaan
kerana menutup kes berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya
sebelum ini.

Dalam surat terbukanya kepada Peguam Negara Abdul Gani Patail yang
salinannya dihantar kepada Malaysiakini, Balasubramaniam berkata,
beliau "terkejut" walaupun mengakui menandatangan akuan bersumpah (SD)
yang palsu, polis masih tidak menjumpai sebarang bukti perlakuan
salah.

"Pihak polis, saya percaya, menyiasat keadaan seputar pembikinan dua
SD bawah Seksyen 199 Kanun Acara Jenayah, untuk kesalahan yang boleh
dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda.

"Ini bukan kesalahan remeh."

Sehubungan itu, katanya, beliau amat terkejut apabila pihak polis
gagal menemui sebarang salah laku daripada bukti-bukti yang
dikumpulkan mereka.

Mengakui akuan dalam SD keduanya tidak benar, Balasubramaniam mendesak
kerajaan membuka kembali kesnya. - mkini
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list