Rakan WARTAMAYA

Sunday, November 21, 2010

PRU13 sudah hampir?


KUALA LUMPUR, 21 Nov — Datuk Seri S. Samy Vellu telah memanggil mesyuarat khas 29 November ini — sehari selepas Barisan Nasional (BN) mengadakan konvensyennya, dipercayai bagi mengumumkan perkembangan terakhir mengenai tarikh beliau mahu melepaskan jawatan presiden MIC.

Samy Vellu ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan beliau akan mempengerusikan mesyuarat itu.

Ketika ditemui pemberita di ibu negara pula, Samy Vellu berkata beliau akan mengumumkan butiran terperinci tentang persaraannya sebagai presiden MIC pada 13 Disember.

“Pada hari berkenaan, saya juga akan umumkan rancangan saya selepas berundur daripada jawatan itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46 Majlis Belia Hindu Malaysia.[ lagi ]
-------------------------------------
Mamat ni punca MIC hancus ...dan seterusnya BN pun hampir hancus ...

Bila jadi punca .. ramai yang suruh dia letak jawatan ... degil kakek ni ...

Pada awalnya .. mamat ni kata ....
KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan lapan bulan sebelum pemilihan MIC diadakan pada Mei 2012. more

Selepas tu .... Nak letak jawatan pada Disember 2o11 ...
Dan sekarang ... ceritanya lain ... Letak jawatan lebih awal ... wakakakak !!!
Huh ...
Suka hati mu la samy oiiii .....
Jom teka .... bila PRU13..... he he he
Dec? Jan? Feb? Mac?
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list