Rakan WARTAMAYA

Tuesday, November 30, 2010

Membelit bagi kat depa

Tidak Pernah Bincang Lantik Kit Siang TPM – Hadi

SERDANG: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan, Pakatan Rakyat (PR)
tidak pernah berbincang untuk melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai
Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memerintah.
"Itu pandangan peribadi dan bukan keputusan PR. Saya difahamkan beliau
(Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak buat kenyataan sebegitu.

"Media salah lapor. Apa yang dia (Anwar) sebut tidak ada dalam Perlembagaan
menyatakan siapa akan jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri,"

katanya kepada pemberita selepas melawat arena Rodeo Malaysia di tapak
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010 ) di
sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar sebelum ini bahawa
Kit Siang akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan
pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Mengulas lanjut, Hadi berkata PR tidak pernah membuat perbincangan mengenai
cadangan untuk melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Saya difahamkan Anwar memberi penerangan mengenai Perlembagaan dan perkara
itu telah jelas" katanya. – Mstar

-----------------
Sudah ku bilang ... ini semua tipu ...
Putar belit berita .. mainan gerombolan
Membelit bagi kat depa ... muakakak !!!

Boleh saman kot .... wakakaka !!!

Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  November 30, 2010 at 8:27 PM  

yg tak tipu hanya harga minyak naik 15sen....umngok..umngok semuga trus kau bongok

Blog list