Rakan WARTAMAYA

Tuesday, November 30, 2010

Gerombolan itu Pejuang Melayu atau si Kitol?

Di ruangan ini .. penilaian orang yang waras di perlukan ... muakakak !!!

Menurut kata Sahibul Hikayat, pengarang Sejarah Melayu, Raja Mendeliar merupakan orang terkaya di Melaka dan beliau berbalah dengan Nina Sura Dewana iaitu penghulu segala saudagar Melaka.

Namun kerana peranan Si Kitul, akhirnya Raja Mendeliar percaya bahawa Nina Sura Dewana telah berpakat dengan bendahara untuk membunuh beliau. Apabila Raja Mendeliar mendengar cerita Si Kitul, maka beliau mengambil surat hutang Kitul dan mengoyakkannya dan berkata yang hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat.

Akibat hasutan dan fitnah Si Kitul, Raja Mendeliar memberikan hadiah emas kepada laksamana dan meminta laksamana menyampaikan kepada sultan bahawa bendahara cuba untuk menderhaka.

Sultan, apabila disembahkan oleh laksamana mengenai penderhakaan bendahara terus membuat keputusan tanpa usul periksa dengan membunuh bendahara dan keluarganya kecuali Tun Fatimah.
Lagi ...
Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol memberi maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka kepada Portugis

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.
Lagi ...
(...) Si Kitul ni pulak orang suruhan Raja Mendeliar. Si Kitul ni kan, punya la musibat punya perangai, suka sangat cucuk sana, cucuk sini, buruk kan orang sana buruk kan orang sini. Akhirnya yang jadi mangsa Si Kitul ni ialah Bendahara Melaka masa tu, Tun Mutahir. Si Kitul pegi repot sama itu bos dia, Raja Mendeliar yang Tun Mutahir ni dah tempah cerek emas la, payung emas la dan macam-macam benda la yang berunsurkan emas. Si Raja Mendeliar ni pulak, terus kasi repot sama itu Sultan Mahmud yang memang jenis senang makan cakap orang. Gua pun tak tau la apa sebab musabab itu Raja Mendeliar anti sangat dengan itu Tun Mutahir ni. Padahal Raja Mendeliar ni pun kaki makan suap gak.(Sini)
Untuk menjadi si Kitol .. kena terror ..
Terror dengan erti kata .. pandai bodek, suap, cucuk, hasut, batu api .. dan segala galanya,
Tapi tengok pada sejarah .. siapakah yang layak untuk di gelar si Kitol?
Muakakaka .. dalam gerombolan pun memang ramai ada ciri ciri si Kitol ..
Dari atas sampai bawah ... muakakaka !!!
Yang paling cun ... siapa rapat dengan Raja Mandaliar, itu la si Kitol .. .muakakakak !!!
Share/Bookmark

2 comments:

Unknown November 30, 2010 at 6:20 AM  

Salam

Dulu siKitol hanya seorang tetapi di zaman ini terdapat ramai siKitol. Logikkah keturunan siMandaliar berjuang untuk Melayu?

Yang sahihnya mereka adalah klon siKitol dengan bawaan perangai yang serupa!

tungkaran hati.blogspot November 30, 2010 at 11:40 AM  

Perjuangan PAS tanpa DAP dan PKR saja yang dapat memertabatkan Islam dan Ketuanan Melayu dinegara ini.

Blog list