Rakan WARTAMAYA

Wednesday, October 13, 2010

Muakakaka...perkantoi...wakakaka!!!

Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali

Salhan K Ahmad | 13 Okt, 10 11:26am

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah
kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk
Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas
setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik
balik.

Menurut kenyataan media yang difakskan ke Malaysiakini, Setiausaha
Kerajaan negeri Kelantan, Datuk Seri Setia Raja Mohd Aiseri Alias
berkata lima pingat yang dianugerahkan kepada Wan Hashim ditarik
balik. - mkini

Wakakaka....yeahhhaaa!!!
Tiada ungkapan untuk melahirkan kegembiraan. Muakakakka!!!
Share/Bookmark

5 comments:

radens albanjari October 13, 2010 at 5:10 PM  

salam tuan tanah, mohon link-kan 2 blog ini dlm blog list wartamaya :

http://albanjarionline.blogspot.com
dan
http://banjarbara.blogspot.com

Salam wak dan terima kasih, blog lama gua masih tenat di wad ICU Google Amarika Syarikat..wakakaka..! Masuk hari ni dah 44 kali Angelina Jolie bagi bantuan nafas mulut ke mulut ke blog gua tuh..masih tak baik2 lagi..agaknya dia nak Tera Patrik kot ?

tok malim October 14, 2010 at 4:11 PM  

petikan daripada blog www.selamatkanpahang.blogspot.com

Felda ‘peralat’ abang Mazlan Aliman hasut peneroka
Sikap pengurusan pejabat Felda mempergunakan apa saja alat bagi membendung kesedaran peneroka amatlah tidak wajar dan jelek sekali.

Ini hanya mempertontonkan kepada umum bahawa agensi tersebut mulai goyah, dihambat keserabutan dan mulai hilang arah apabila peneroka bangkit menuntut hak dan keadilan mereka.

Terbaru, melalui majalah terbitan Felda ICT JELAS Bil: 4/2010 yang dipaksa peneroka membayarnya, dimainkan pelbagai isu yang jelas mendoktrinkan fahaman Umno untuk disumbat ke dalam otak peneroka.

Majalah yang sepatutnya mendedahkan kejayaan peneroka atau mendedahkan perkembangan teknologi baru dunia pertanian, sebaliknya digunakan untuk menyerang pejuang isu-isu Felda.

Di muka surat 14 majalah tersebut, dibuat temuramah dengan abang Presiden Anak Mazlan Aliman, Tuan Haji Abd. Rahim Aliman untuk menggambarkan bahawa perjuangan Mazlan adalah sesat sehingga menyeru adiknya kembali ke pangkal jalan. Beliau juga menghasut peneroka supaya menyerahkan pengurusan ladang peneroka kepada Felda.

Sebenarnya amat tidak bagus mempergunakan senjata ‘kaitan persaudaraan’ seperti itu kerana boleh mengundang perbalahan keluarga. Kenapa tidak digunakan cara lain untuk meyakinkan peneroka?

Dalam artikel “Lahirmu Dalam Sejarah” di muka surat 18 pula dibangkitkan kembali sejarah Tragedi Sungai Lui yang mengisahkan orang Cina membunuh orang Melayu pada masa penaklukan Jepun. Apa tujuan dibangkitkan kembali cerita itu? Ia tidak lain dititip sebagai gerak saraf selaras dengan politik perkauman Umno untuk membelit otak peneroka. Berpolitik cara begini tidak matang dan undur ke belakang.

Melalui artikel “Peneroka Mendakwa Felda Ke Mahkamah” pada muka sura 22, pengarangnya cuba menakut-nakutkan peneroka dengan menuduh peguam pihak peneroka yang menyaman Felda hidup mewah dengan hasil bayaran guaman peneroka.

Lebih daripada itu, majalah tersebut juga tidak ada langsung permit penerbitan (P/P) KDN sedangkan jika organisasi lain menerbitkan risalah, akan segera dirampas. Ini bermakna, Pengarah Besar Felda Dato’ Dzulkifli Abd. Wahab (yang memberi ucapan Salam Eidulfitri) dalam keadaan sedar melanggar peraturan Akta Mesin Cetak yang digubal kerajaan sendiri.

Majalah tersebut diagih-agihkan kepada peneroka. Dan di sebuah tanah rancangan majalah itu diletakkan di sekolah

Anonymous,  October 15, 2010 at 9:19 PM  

aku bagi nama blog roll korang sebagai, bloggers gumbira kerana byk sgt gelaknya... Tak caya tgk bwh...

Blog list