Rakan WARTAMAYA

Wednesday, October 27, 2010

Jangan bagi tau Zul Nordin

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan
Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri
pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka,
menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur
antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula
1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian
daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor
pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang
sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran
penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi
Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi
penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini
dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan
penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum
dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi
Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara
(Puspal). - mkini

Hahaha ... abang lambat balik la
Abang ada overtime ... muakakakak !!!
Jangan bagi tau Zul Nordin .. muakakakak !!!
Mana Zul Nordin? .... Muakakakak !!!
Share/Bookmark

3 comments:

Anonymous,  October 27, 2010 at 12:45 PM  

jgn camtu.kena bagitahu dia.

Anonymous,  October 27, 2010 at 3:51 PM  

sudah tidak sabar tunggu BALA

Anonymous,  October 27, 2010 at 5:11 PM  

Ehhhh Mana Boleh,,
Jangan Kasi tau Zul Songkok Din, tak payah la....tak payah kasi tau lah....jangan,,,,,KAH KAH KAh

oleh
Zulhaoliao cincau

Blog list