Rakan WARTAMAYA

Wednesday, October 27, 2010

Buka tutup, buka tutup ... muakakaka

SPRM siasat laporan Ketua Audit Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 13 kertas
siasatan, 14 kertas penyiasatan awal serta lima kertas pemeriksaan dan
perundingan berhubung beberapa isu yang dibangkitkan dalam Laporan
Ketua Audit Negara 2009, yang diumumkan semalam.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tiga kertas
siasatan dibuka di Johor, enam di ibu pejabat, dua di Terengganu serta
masing-masing satu di Sarawak dan Selangor.

Bagi kertas penyiasatan awal, enam dibuka di Perak, dua di Labuan,
Sabah dan Kedah serta masing-masing satu di Terengganu dan Selangor.

Sementara itu, tiga kertas pemeriksaan dan perundingan dibuka di Johor
serta masing-masing satu di Labuan, Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan itu, SPRM akan mengenal pasti beberapa perkara lain
yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan untuk dijadikan asas
siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
- Mkini

Adoiiii ... buka tutup, buka tutup, buka tutup ....
Yang baru di buka .. tak lama lagi tutup ... muakakakakak !!!
Hebat .. !!!
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list