Rakan WARTAMAYA

Wednesday, August 11, 2010

Macam dah boleh agak .... muakakaka !!!


Terlepas Hukuman Penjara, Bung Mokhtar Bayar RM1,000
Kerusi parlimen Kinabatangan yang dipegang Datuk Bung Moktar Radin kekal miliknya apabila Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam hari ini bersetuju mengetepikan hukuman penjara sebulan ke atasnya itu dan digantikan dengan denda RM1,000.

Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim berkata denda maksimun dan bukannya hukuman penjara boleh dijatuhkan kerana kesalahan itu.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas Bung Moktar mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lalu.

Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.
"Ha ha .... aku dah boleh teka", kata Tok Moh.
"Memang la Tok....bukan teka, tapi siaran ulangan ... semua orang pun bleh teka Tok", kata Leman.

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list