Rakan WARTAMAYA

Sunday, July 4, 2010

Putar belit media perdana


Penjelasan dan kesal atas berita Bernama
Sukacita saya merujuk kepada berita disiarkan Bernama Online (3 Julai, 2010) bertajuk “Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan” dan awal-awal saya tegaskan tajuk dan kandungan beritanya adalah tidak benar dan di luar konteks apa yang saya maksud. Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya.

Paling malang lagi, apabila laporan agensi milik kerajaan Barisan Nasional itu telah dijadikan rujukan, malah disiarkan oleh beberapa akhbar. Antaranya akhbar online Malaysian Insider, dan akhbar cetak seperti Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star. [lagi]

"Kalau tak kelentong tak bleh ke?", tanya Tok Moh.
"Tak bleh Tok .. tiap hari kena kelentong. Kalau tak kelentong, boss marah .. muakakak", jawab Leman,
"Patut paper kau tak laku Leman .. ", kata Tok Moh lagi.
"Tak laku pun tak per Tok, duit lain ada masyukkkkk", Jelas Leman.
"Itu namanya paper syok sendiri .. wakakakak !!!", ketawa Tok Moh.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list