Rakan WARTAMAYA

Thursday, July 22, 2010

Leman bayar untuk masuk suratkhabar...hehehe

PM 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu QGA dan Laurus dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Namun, Washington Times sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut. - malaysiakini

Wakaka!!!....apa la Leman ni.
Tak habis habis. Si nuar tu kuar CNN kecoh kata dia bayar.
Tang ni dah jelas bayar....muakaka!!!
Ni mesti berita fitnah...hehehe
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list