Rakan WARTAMAYA

Saturday, July 3, 2010

Haram cover haram


Zahid Ugut SPRM Jangan Siasat Skandal Scorpene?
SHAH ALAM 3 Julai - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menganggap kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu di bawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai satu bentuk ugutan dan tidak bertanggungjawab.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Shamsul Iskandar berkata kenyataan Ahmad Zahid itu secara jelas cuba melindungi aktiviti jenayah yang membabitkan urusan pembelian kapal selam berkenaan yang menelan kira-kira RM6.7 bilion dana awam.

"Kenyataan Zahid bercanggah dengan pendirian kerajaan Perancis yang menunjukkan tindakan yang lebih berwibawa, hatta dengan menyiasat pembabitan syarikat di negara mereka sendiri dalam urusan pembelian kapal selam ini," kata beliau merujuk kepada ketegasan pihak berkuasa Perancis yang menyerbu syarikat pengeluar senjata, DCNS dan Industri Thales awal bulan lalu bagi menyiasat penjualan kapal selam berkenaan kepada kerajaan Malaysia.[ lagi ]

"Tutup pekong .. busuk punya perangai nko ni Leman .. ", kata Tok Moh.
"Apa nak buat Tok .. dah tiap tiap hari makan benda haram, perangai aku pun ikut haram. Orang haram, cover kes haram Tok .. ", jawab leman.
"Orang bodoh je percaya kat nko ni .. ", kutuk Tok Moh.
"Dah sebab ramai orang bodoh tok .. jadi senang nak terus di bodohkan .. muakakak!!", jawab Leman lagi.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list