Rakan WARTAMAYA

Wednesday, June 16, 2010

Skandal Sime Darby: Terburainya mitos "Besar itu Indah"


Pada ketika Perdana Menteri Najib Razak bersungguh-sungguh mempromosikan idea "besar itu indah" (big is beautiful), menarik pelaburan asing melalui syarikat-syarikat tersenarai yang besar, terbongkar pula berita bahawa Sime Darby Berhad sebagai salah satu perusahaan multinasional yang terkemuka di Malaysia telah mengalami kerugian besar.

Jika ditinjau sejarah Malaysia, peristiwa Sime Darby ini bukanlah kes yang pertama. Renong Berhad yang ditimpa krisis semasa kemelut ekonomi Asia tahun 1997-98 merupakan satu pengajaran yang baik. Sime Darby hari ini seolah-olah Renong Berhad pada ketika itu - kedua-duanya memiliki struktur gergasi, model operasi dan pengurusan yang kurang telus, pentadbiran yang lemah, kerenah birokrasi yang menjadi budaya, dan salah laku (moral hazard) yang berlaku lantaran daripada perlindungan yang terlampau daripada kerajaan.[ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list