Rakan WARTAMAYA

Saturday, June 19, 2010

Media boleh jadi hakim .. wakakak !!!

Tian Bidas Media Seolah Lebih Pandai Daripada Hakim
SHAH ALAM 19 - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bertegas bahawa beliau masih seorang ahli parlimen yang sah dan tidak timbul isu mengapa beliau perlu mengosongkan kerusi parlimen berkenaan.

Ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini, beliau berkata hakim mahkamah tinggi, Datuk Ghazali Cha telah membuat keputusan bahawa tidak akan berlaku pilihan raya kecil dalam keputusan penghakimannya berhubung kesalahan Tian Chua yang didakwa menggigit anggota polis tiga tahun lalu.

"Perkara ini sudah tidak ada isu dan saya sudah beritahu banyak kali bahawa hakim telah isytihar tidak ada pilihan raya kecil. Penjelasan hakim bukan isu kerana beliau telah membuat keputusan tidak akan ada pilihan raya," ujarnya.[ lagi ]

Media buat kerja hakim, hakim buat kerja SPR, SPR buat kerja polis, polis buat kerja bank, bank buat kerja along, along buat kerja samseng, samseng .. tanam jagong, tak der kerja .. muakakak !!!
Share/Bookmark

1 comments:

Serupademo June 20, 2010 at 5:25 PM  

Tok Moh : Apa macam , media sekarang ni cakap yan bukan bukan saja , perkara tak betul dia masuk jugak.

Leman : Maaf tok ......saja nak cari glamor.

Blog list