Lawan taukey
Umno Perak Tolak Pemberian Lesen Judi Sukan
KUALA LUMPUR: Selepas Johor, hari ini Badan Perhubungan Umno Perak membuat ketetapan yang sama bagi menolak sebarang bentuk perjudian termasuk judi sukan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pendirian itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat negeri itu yang mahu kerajaan menghentikan cadangan pengeluaran lesen pertaruhan judi.
"Sebagai mewakili sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, Umno Perak mengambil pendirian menolak cadangan untuk memberikan lesen perjuadian ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.[ lagi ]
Yess ... !! Tabek sama Zambry ..
Bukan senang nak wat keputusan cam ni ... muakakaka !!!
Lawan tokey ... ha ha ha !
4 comments:
Tapi camna pulak kat Bukit Larut? Saya dengar cerita casion nak dibuat diatas bukit tu?
Jgn cakap tak serupa bikin..
Tapi camna pulak kat Bukit Larut? Saya dengar cerita casion nak dibuat diatas bukit tu?
Jgn cakap tak serupa bikin..
ada ke ikut maklum balas pelbagai lapisan..sendiri pk laaa..dah tahu salah disisi islam boleh lak buat macam ada talian hayat..islam ke kafir zambry nie?
Ni tektik je, nak memujuk hati orang Melayu (Islam)...sengaja disuruh agar Umno-BN nampak gah, hebat, islamik, mengutamakan kehendak rakyat marhein dan sebagainya
...sebenarnye cukong judi tu ada lesen ke takde lesen ke, perjudian itu diteruskan juga
Post a Comment