Rakan WARTAMAYA

Monday, June 28, 2010

Lawak ... kah kah kah


Bala Tolak Syarat SPRM Tidak Benarkan Peguam Pada Sesi Soal Siasat

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM 28 Jun - Americk Sidhu, peguam kepada penyiasat persendirian, P Subramaniam berkata beliau menolak syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang tidak membenarkan kehadiran peguam semasa sesi soal siasat yang dicadangkan SPRM di London bulan depan.

Dalam satu emel yang dihantar kepada Suara Keadilan, Americk berkata pegawai penyiasat SPRM, Abdul Rahman Bachok memberitahu beliau melalui surat bertarikh 21 Jun 2010 bahawa agensi tersebut tidak membenarkan kliennya membawa peguam ketika memberi keterangan.

"Saya ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Ini kerana klien saya mempunyai hak seperti mana yang ditetapkan Perlembagaan untuk mempunyai peguam ketika disoal siasat dan hak ini mengatasai mana-mana protokol yang dirumus oleh pihak SPRM.[ lagi ]

"Oppss ... ingat kat negara sendiri. Tak perasan buat kerja kat negara orang ... wakakakak !!!", kata Tok Moh.
"Hilang akal sekali sekali Tok .. he he he", sambung Leman.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list