Rakan WARTAMAYA

Sunday, June 13, 2010

Kumpul Sumber Kewangan, Umno BN Belakangkan Apa Sahaja


Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sanggup membelakangkan apa sahaja termasuk menghalalkan anasir judi mahupun mengadakan hubungan dengan Israel bagi memperoleh sumber kewangan.

Malah, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata pimpinan negara juga tergamak memperkenal cukai baru hingga membebankan rakyat semata-mata bagi mencapai matlamat itu.

"Jadi saya lihat pemimpin yang ada pada hari ini merasakan zaman pemerintahan mereka sudah hampir berakhir. Mereka yakin kebenaran suasana ini, maka mereka menganggap ini adalah peluang terakhir bagi mempersiapkan diri mereka, kroni mereka, keluarga, syarikat untuk ada dana mencukupi untuk akan datang barangkali," katanya.

Bercakap pada segmen Fokus Berita TV Selangor, Azan berkata, Malaysia adalah negara yang memiliki sumber alam, malah pernah mempunyai simpanan rizab luar negara lebih tinggi dari Hong Kong dan negara Asean lain.[ lagi ]

Haram itu halal ??? ... wakakak !!!
Rosak ... dah rosak ... he he he
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list