Rakan WARTAMAYA

Sunday, June 27, 2010

FELDA: Kenapa melatah?

Mengapa Melatah Kalau Felda Tidak Bankrap?

SHAH ALAM 27 Jun - Pembongkaran isu Felda lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan adalah satu langkah awal bagi menyelamatkan institusi tersebut daripada terus dipergunakan oleh Umno-Barisan Nasional demi kepentingan politik mahupun peribadi individu tertentu.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Felda yang matlamat awal penubuhannya adalah untuk membela nasib Bumiputera terutamanya golongan peneroka dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka kini berubah dengan tumpuan kepada kepentingan korporat tanpa memikir pengorbanan golongan peneroka.

"Kalau benar tidak bankrap mengapa perlu melatah sedemikian rupa sehingga mahu mengambil tindakan menyaman Suara Keadilan dan juga beberapa pemimpin lain. Felda sepatutnya mengambil sikap terbuka dengan pendedahan tersebut kerana kritikan diberikan mempamerkan kerisauan dan keprihatinan kita.[ lagi ]

"Opocot pocot .. Felda Bankrap !", latah leman.
"Amboi kenapa nko latah ni Leman?", tanya Tok Moh.
Share/Bookmark

1 comments:

Serupademo June 27, 2010 at 8:36 PM  

Tok Mohh : Hai Leman ari ni aku tengok kau ni tak senang resah gelisah asyik melatah aje.

Leman : Apa nya tidak tok ...pekong dah nak tebukak, dia orang dah tahu semua nya.

Blog list