Rakan WARTAMAYA

Tuesday, May 4, 2010

Tuang arak tiap malam, cerita pasai agama

"Bila orang yang tonggang arak .. bermaksiat tu, bercerita pasai agama", rungut Leman.
Leman tepuk dahi.

Tok Moh terus mencelah .. "hang dengaq ni leman oiii .. Tanda tanda besar kiamat, antaranya"

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad"

dan ...

"Orang hina mendapat kedudukan terhormat"

dan ...

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani"

dan lagi ..

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim"

dan ..

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad"

dan

"Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi."

dan

"Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya"

"Hah .. Leman .. !
Tu tanda bumi dan makin tua
Matahari dah makin panas
Hari nak makin lanjut ..
Waktu dah hampir kiamat ... Leman.
Dan tu la janji Tuhan", sambung Tok Moh lagi.
Share/Bookmark

1 comments:

serupasekala May 4, 2010 at 10:18 AM  

Cuba lah analisa balik apa pengertian sebenar :

1. Perkataan Munafik bagi orang Islam

DAN

2. Perkataan Fasik bagi orang Islam


Kenapa tutor katanya tidak boleh digunapakai

Blog list