Rakan WARTAMAYA

Saturday, May 1, 2010

Tajuk sajak: Ntah apa apa



Teringin bersajak mengada-ngada
walaupun ilham seni langsung tiada
---------------------
Hmmmm .....
Aku engkau ...... serupa
Beza rezeki, rupa, pahala, dosa
Rezeki ... bersyukur
Bertukar bongkak sombong
Telur dicelah kelangkang ... ahhh duduk dihujung tanduk
Cermin untuk ukuran atau erti pada bebayang

Mendongak ... kau puji lah
Menjerit ... hebatnya aku
Tidur mahu diuli
Raja hidup dalam diri

Wahai manusia
Maut di tanganKu
Rezeki, bala dari Ku
Dabik dada ... berkuasa
Semuanya aku !
Aku betul
Aku pandai
Jadi macam aku
Ikut macam aku

Aku ujud sebelum alam
Bongkakku jadi pakaian
Takburku jadi makanan
Riakku dihujung jari
Dulu aku manusia ............ sekarang Tuhan
Kacang terbogel
Kulit dan akar meninggalkan

Sujud ...
Takbir ...
Kembali ...
Rumput dibawah kaki
Tapak diinjak, dipijak
Lupa diri, tidak sedar
Ahh ... akal tidak tercapai

Hamba rupanya
Tiada kuasa,
Mahu gagah, perwira
Lupa itu bangga
Terpesong jauh .. dimana kita

Situ .. sini?
Dimana dimana
Berjalan ..berkata ..
Hmmm ... ntah apa apa

Sajak hari buruh .. kononnya ... wakakaka !!!
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list