Rakan WARTAMAYA

Monday, May 17, 2010

Singkir atau lompat sendiri ni ... ?

UMNO Pekan singkir 1,060 ahli

PEKAN 16 Mei - UMNO Bahagian Pekan menyingkirkan seramai 1,060 ahlinya setelah dikesan bersekongkol dengan parti pembangkang pada program pemutihan yang dijalankan sejak pilihan raya umum lalu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhammad berkata, penyingkiran ahli-ahli itu diputuskan menerusi beberapa mesyuarat yang dijalankan di bahagian tersebut.

''Kita dapati mereka bersekongkol dengan parti pembangkang pada pilihan raya umum lalu dan kita mengambil keputusan menyingkirkan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat UMNO bahagian itu di sini baru-baru ini.

Ishak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berkata, menerusi program pemutihan itu, ahli UMNO Bahagian Pekan kini berjumlah 27,101 orang di 140 cawangan.[ lagi ]

Bleh caya ke? ... He he he
Share/Bookmark

3 comments:

pisau belati May 17, 2010 at 8:17 AM  

Boleh caya punya! Kawasan parlimen Pekan diheret seluas-luasnya hingga termasuk Kem Askar Kuantan. Tak lama lagi Kem Askar Mentakap, Kem Askar Lipis, Kem Askar Raub semua masuk kawasan Pekan. Nak bagi Najib undi pos banyak-banyak!

Anonymous,  May 17, 2010 at 11:20 AM  

SINGKIR??the more the better,1060 penyingkiran,ini yang hang dapat kira.berapa ramai lagi agaknya,yang tersenyum dalam kebencian masih dok dalam umno lagi.pak oi!!yang ini mesti ambil kira,takut nanti mesyuarat tak cukup korum.ahli umno bahagian pekan dari 140 cawangan ada sebanyak 27101orang,kalau dibahagi sama rata setiap cawangan mempunyai 193.50 orang bior bebeno betui!!kalau inilah senarionya apa lagi PR ayoh jangan tunggu lama lama pi hantar borang keahlian PR.

Anonymous,  May 17, 2010 at 6:00 PM  

aku dah 30 thn tak bayar yuran pun masih ahli....pelik2 mangkuk ayun mana yg tlg bayar

Blog list