Rakan WARTAMAYA

Thursday, May 6, 2010

Shhh...Tolong jangan bagi tau Ibrahim Ali



Peniaga Kecil Cina Boleh Mohon Pinjaman Tekun

SIBU, 6 Mei (Bernama) -- Peniaga kecil kaum Cina sekarang boleh memohon pinjaman di bawah dana khas Tekun Nasional.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata walaupun pinjaman Tekun itu bagi membantu ahli perniagaan Bumiputera, tetapi kerajaan kini memutuskan untuk memanjangkan kemudahan itu untuk kaum Cina, selain kaum India.

"Ini adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia, inisiatif Perdana Menteri.

"Seramai 10 peniaga Cina memperolehi kemudahan ini di Hulu Selangor baru-baru ini. Dan hari ini, tiga peniaga di Sibu turut mendapat manfaat yang sama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar keusahawanan Tekun melibatkan 700 peserta dan juga pelancaran Kelab Komuniti Usahawan Tekun yang pertama di negeri itu hari Khamis.

Sejak 2008 sejumlah RM35 juta pinjaman telah diberikan kepada kaum India, katanya.

Noh berkata untuk permulaan sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk dana khas Tekun bagi membantu ahli perniagaan Cina. - bernama

Ehhheee....seram nya....
Kalau berahim Ali tau  .. mesti dia angkat kerih .. muakakaka !


Share/Bookmark

3 comments:

Anonymous,  May 6, 2010 at 9:01 PM  

Kah kah kah
Gege tak apa! katak puru kereta sorong tak akan tahu, katak ini telah disumpah, telinganya pekak, matanya buta dan mulutnya bisu"

Anonymous,  May 7, 2010 at 12:29 AM  

KATAK TAK BERANI BUAT BISING> KALAU KERAJAAN PR BUAT HAL> MENGAMUK SI KATAK DAN PARA PENCACAI NYA

benci hipokrik,  May 7, 2010 at 7:11 PM  

apa la, lu memang tak kenal brahim ally..
dah sah2 dia tak kan angkat kerih punya.dia lagi suka,gelak sampai begolek2 atas lantai...
apa lagi guna nama cokong la,kalau untuk melayu saja,dia cuma dapat 1 pinjaman jee.kalau ada untuk cina,dia leh guna nama cokong2 yang dia dah cucuk idung..
apa la lu bro..berita gembira camni lu tak nak bagitua dia..
tah2 dia dah appli 5-6 cokong untuk dia..lu slow la bro..

Blog list