Rakan WARTAMAYA

Wednesday, April 21, 2010

Sorry la Bro .. he he he

"Apa itu MCA, parti orang sudah tidak mahu. Kalau ada orang sokong pun mereka yang buta saja," begitulah kata seorang pengundi Cina bila ditanya mengenai peranan MCA. Ternyata peranan MCA dalam pilihan raya kecil kali ini tidak menyerlah. Mungkin perpecahan yang melanda parti itu menyebabkan MCA lebih memikirkan nasib diri mereka.

Begitu juga dengan MIC. "Untuk apa saya sokong MIC, calonnya dipilih oleh Umno. MIC sudah tidak berkuasa lagi. Jadi lebih baik saya sokong PKR," begitu pula luah seorang India. Umurnya sebaya dengan Cina tadi sekitar 55 tahun. Selalunya orang veteran masih kekal dengan nostalgia lama menyokong BN. Tetapi sikap ditunjuk mereka berdua itu ada perubahan sikap yang ketara di kalangan Cina dan India.

[ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list