Rakan WARTAMAYA

Monday, April 5, 2010

APCO: PAS serah memo, mahu Majlis Raja-raja campur tangan

KUALA LUMPUR, 5 April - Ahli-ahli Parlimen PAS akan menyerahkan
memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu bagi meminta agar campur
tangan memastikan kerajaan tidak lagi bergantung pada khidmat APCO
Worldwide, yang didakwa memberi nasihat kepada Perdana Menteri
berhubung 1 Malaysia.

Syarikat itu juga didakwa turut memberikan nasihat kepada kerajaan
Israel pimpinan Ehud Barak pada 1999 berhubung slogan One Israel.

Memorandum akan diserahkan di Istana Negara kira-kira 12.30 tengah hari ini.

"Kami akan menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-raja meminta agar
campur bagi memastikan APCO Worldwide tidak lagi menyediakan khidmat
kepada kerajaan pusat,"kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Usaha menyerahkan memorandum ini hanya membabitkan wakil rakyat
PAS... mungkin wakil rakyat DAP dan PKR kemudian hari,"katanya.

PAS, DAP dan PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena pihaknya memutuskan untuk
memorandum meminta campur tangan Majlis Raja-raja Melayu sebagai
pembabitan APCO dalam pentabiran negara membabitkan isu keselamatan
dan pertahanan.

Minggu lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz
berkata kerajaan akan mengemukakan usul merujuk Ahli Parlimen
Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan
Kebebasan Parlimen berhubung isu APCO yang menjadi polemik di Dewan
Rakyat sejak 17 Mac lepas.

Nazri berkata ini kerana ketua pembangkang itu gagal menjelaskan
dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia ditiru daripada "One Israel" yang
dikaitkan dengan APCO Worldwide.

Beliau berkata Anwar gagal menjelaskan dakwaannya selepas beliau
diberi tempoh seminggu untuk berbuat demikian pada Selasa lepas.

Pada 22 Mac lepas, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud)
membangkitkan isu percanggahan kenyataan Anwar mengenai gagasan
1Malaysia ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang
di-Pertuan Agong.

Menurut Anwar, pada 2009 APCO Worldwide memberikan nasihat kepada
Perdana Menteri berhubung 1Malaysia selain mendakwa syarikat sama
memberikan nasihat kepada kerajaan Israel pimpinan Ehud Barak pada
1999 berhubung slogan One Israel. - malaysianinsider
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  April 5, 2010 at 4:19 PM  

(Dipetik dari blog anak-sengat) - Selepas Tok Guru Nik Aziz menafikan apa yang didakwa, hari ini Kickdefella mengamuk lagi dengan kenyataan dalam blognya yang semakin melampau dengan menuduh Tok Guru berbohong.

Berkemungkinan Kickdefella merasakan dakwaannya itu menjadi 'angin' jika penafian Tok Guru terhadap 'pembongkaran' jahatnya untuk memburukkan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Sekarang ini, sudah ternyata Kickdefella mempunyai agenda yang rapi untuk menjatuhkan kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Lebih dahsyat lagi, ianya mungkin telah dirancang sejak dahulu lagi.

Apakah agenda Kickdefella dan orang sekelilingnya tidaklah dapat diketahui dengan jelas. Namun, tindakan beliau sejak akhir-akhir ini menampakkan diri beliau yang sebenar selepas tindakan dipecat daripada jawatan dalam PMBK sebelum ini.

Beliau dilihat bertindak memburukkan Tok Guru Nik Aziz dengan mencalarkan imejnya dengan tuduhan rasuah. Perasaan dendamnya terhadap Tok Guru Nik Aziz dan keluarganya telah menyebabkan tindakan Kickdefella jauh lebih melampau.

Tok Guru perlu jumpa exconya dengan segera

Amatlah berbesar hati jika Tok Guru memanggil semua exconya bagi membincangkan masalah yang ditimbulkan oleh Kickdefella ini kerana melibatkan imej dan maruah kerajaan PAS Kelantan.

Dalam masa yang sama, PAS Kelantan perlu bertindak dengan cepat untuk menyiasat, siapakah dalang disebalik tindakan Kickdefella.

Dijangka, Kickdefella bukannya bertindak berseorangan dalam perkara ini kerana beliau telah memiliki dokumen sulit yang hanya dipegang oleh exco-exco kerajaan negeri sahaja. Minta disegerakan penyelesaian masalah ini agar ianya tidak membarah ke akar umbi.

Mana blogger mendakwa bersama Tok Guru Nik Aziz?

Dalam hal ini, kenapa kebanyakan blogger yang selama ini meletakkan banner dalam blognya, "kami bersama Tok Guru Nik Aziz", "blog ini bersama Tok Guru" dan macam-macam lagi sebagai tanda menyokong Tok Guru.

Tetapi sekarang ini ntah ke mana. Dulu konon bersama Tok Guru tapi sekarang diam seribu bahasa. Apakah blogger yang boleh dikategorikan celaka ini hanya bermuka-muka dengan Tok Guru kerana sebelum ini Tok Guru Nik Aziz meminta 'EGM' dalam PAS?

Itulah 'perut busuk' blogger celaka yang hanya bermuka-muka memberi sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz selama ini. Selama ini mereka hanya 'bersandar' kepada Tok Guru untuk 'membenarkan' tindakan kotornya cuba menjatuhkan pimpinan PAS dengan alasan UG yang sudah ketinggalan zaman (sebab kejahilan mereka).

Keluarlah yang berkaitan

Tok Guru dah kena tuduh, kena pijak dan lanyak oleh Kickdefella. Bila lagi nak tunggu untuk bersuara?Jangan sampai jamaah tertewas dek ketamakan kita. Wahai sang pembela Tok Guru, apa lagi kamu tunggu, ayuhlah. Jangan sekarang dah bacul.

ASRAL ENTERPRISE April 6, 2010 at 11:37 AM  

mudah2an malaysia dapatkan dibebaskan drpd pengaruh negara luar terutamanya Israel
[Ziarah2lah ke Blog Asral Ent]

Blog list