Rakan WARTAMAYA

Thursday, February 4, 2010

YBK Mahu guna saluran undang-undang


SHAH ALAM 3 Feb. - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang berhubung keputusan kerajaan negeri untuk mengambil semula tanah milik yayasan itu di Serendah, Rawang.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, langkah itu bagi mempertahankan pemilikan tanah seluas 876 hektar tersebut untuk rancangan pembangunan sosial yang turut meliputi usaha membasmi kemiskinan di kalangan rakyat pada masa depan.

''YBK akan mengumpul beberapa panel peguam untuk meneliti setiap sudut perundangan bagi membolehkan kita mempertahankan tanah tersebut.

''Ini kerana, tanah itu merupakan hak rakyat miskin di Selangor yang diamanahkan kepada YBK. Kalau nak kata kita tak bayar tunggakan cukai tanah, kita dah jelaskan dengan bantuan Yayasan Melaka, jadi kenapa kerajaan negeri mahu merampasnya,'' katanya ketika dihubungi.[ lagi ]

He he he .. saluran radio pun boleh guna.
basmi ke tak basmi ni .. he he he
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list