Rakan WARTAMAYA

Thursday, February 4, 2010

Perbicaraan Anwar, Najib Dan Maruah Malaysia

Umno, khususnya Najib Razak sudahpun memilih gelanggangnya. Beliau mahu mahkamah menentukan siapa bercakap benar – Anwar Ibrahim atau apa yang disifatkannya sebagai rakyat kerdil Mohd Saiful Bukhari Azlan – dalam kes liwat yang kini jadi perhatian dunia.

Anwar juga jelas sudah bersedia menyahut cabaran ke atas keluhuran peribadinya dengan berdiri di atas paksi bahawa ini adalah satu lagi konspirasi untuk mencatas kerjaya politiknya sebagai ketua pembangkang dan orang yang berpotensi menumbangkan hegemoni Umno.

Lantaran beberapa soal teknikal, Anwar dan pasukan peguamnya mahu perbicaraan ditangguh sehingga kes ini boleh diadili dengan saksama. Anwar mahu maklumat cukup mengenai apakah bahan bukti yang hendak dikemukakan ke mahkamah seperti pita rakaman video litar tertutup yang diperolehi di tempat yang dikatakan jenayah itu berlaku. [ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list