Umno gelabah bila dibicarakan mahkamah rakyat
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Umno tidak lagi dipercayai apabila mahkamah rakyat membicarakannya berikutan serangan ke atas beberapa gereja akibat provokasi dan eksploitasi isu penggunaan nama Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menyifatkan reaksi marah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berhadapan dengan persoalan yang berbangkit akibat serangan-serangan itu membuktikan betapa menggelabahnya beliau menghadapi rakyat.
Najib menuntut supaya jangan menuding jari kepada Umno berikutan serangan ke atas gereja-gereja itu sejak Jumaat lalu.
"Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa Perdana Menteri menyedari bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang dibicarakan oleh mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan Umno di kandang orang salah.[ lagi ]
Orang kita bukan bodoh lagi .. semua dah sekolah tinggi.
Zaman Astro .. zaman internet .. zaman blog... zaman Porche Chayene
bukan zaman hantar risalah guna kapalterbang.
Tiada lagi hantar phamplet pawagam keliling kampong.
Sekarang booking TGV guna internet, gula talipon . .. he he he
Otak bukan untuk letak di lutut. Bukan untuk jadi Bob Marley .. he he he
Yang bodoh cuma tinggal orang Bob Marley .. he he he
2 comments:
Bob Maley Pukida
ada penganalisa politik meramalkan,isu kalimah Allah merugikan UMNO.Jika berterusan Sabah dan Sarawak akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.Maknanya riwayat UMNO dan BN makin pendek.Kerajaan Pakatan Rakyat bakal didirikan..insyaAllah.
kajian beliau 70% kaum Melayu sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.Sebelum ini 45% memihak PR dan 55% memihak UMNO dan BN.Lebih memburukkan keadaan tak sampai 10% bukan melayu menyokong UMNO dan BN sejak isu ini dimainkan media.
Peluang BN di Sarawak dan Perak makin tipis jika diistiharkan pilihanraya setelah dun dibubarkan.
penganalisa politik itu bimbang jika ketegangan berterusan,pemimpin pembangkan dijadikan kambing hitam dan dimasukkan ke dalam ISA dan negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor diambilalih melalui perintah darurat.sama-samalah kita berdoa ini tidak berlaku.
jangan dilayan keja budak bodoh yang bakar gereja.mereka nak jadi batu api.kita buat keja macam biasa.lama-lama budak bodoh tu bosan pasal tak ada yang layan.dia pun rentikan keja bodohnya itu
Post a Comment