Rakan WARTAMAYA

Wednesday, January 20, 2010

SPRM tahan 34 individu terlibat seludup pasir ke negara jiran


PUTRAJAYA 20 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kes kecurian dan penyeludupan pasir ke negara jiran dan menahan 34 individu di seluruh negara, sejak semalam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, tangkapan itu melibatkan 24 penjawat awam, lima orang awam, tiga pekerja swasta, seorang pegawai khas kepada ahli politik dan seorang setiausaha sulit kepada ahli politik.

"Sejak tahun lepas, SPRM menerima 410 maklumat berkaitan kes ini. Bertindak atas maklumat ini kita jalankan intipan, pemerhatian dan seterusnya siasatan dan hasilnya kita telah memulakan operasi minggu lepas,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini hari ini. [ lagi ]

He he he .. zaman BN dulu bersih betul ... he he he
Share/Bookmark

3 comments:

pisau belati January 21, 2010 at 10:52 AM  

SPRM ni cuba-cubalah buat kerja betul sikit.
Ni hingga 400 maklumat baru nak bertindak. Baru nak nak tangkap. Baru nak dakwa. Pasir dah habis dah! habuan semua dah hilang entah ke mana dah!
Nanti bila dakwa, tak ada buktilah, tak cukup maklumatlah, itulah inilah. Akhirnya lepaslah semua tu sebab dia orang adalah orang....orang apa?

Kalau pembangkang, 1 ,2 maklumat satu kontinjen pergi serbu. Angkut almari, meja, kertas, habis semua sebab banyak bukti!!!

Anonymous,  January 22, 2010 at 9:23 PM  

SPRM bekerja ikut arahan UMNO

Anonymous,  January 23, 2010 at 9:42 AM  

sprm kata mereka tak pilih bulu tapi masalahnya rakyat berbulu tengok sprm sbb rakyat bukannya pekak dan tuli.SPRM didapati hanya mahir menyiasat ikan bilis .kes ikan jerong tak tahu .Mungkin takut kena makan dengan jerong kot.

Blog list