Rakan WARTAMAYA

Sunday, January 10, 2010

Pengurus bank maut ditetak depan isteri


SHAH ALAM – Seorang pengurus cawangan bank yang baru pulang makan malam, bersama isteri di sebuah pusat beli belah terkenal di sini, menemui ajal selepas diserang dan ditetak seorang lelaki tidak dikenali, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, ketika pasangan terbabit menunggu lif di tingkat bawah tempat letak kenderaan di Pangsapuri Lagoon Perdana di Bandar Sunway, Subang Jaya di sini, untuk naik ke kediaman mereka.

Mangsa, Teo Jan Hong, 48, dan isterinya yang berusia 38 tahun difahamkan sudah bertembung suspek ketika keluar kenderaan, tetapi mereka tidak mengenali suspek dan tidak mengesyaki apa-apa. [ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list