Rakan WARTAMAYA

Monday, January 18, 2010

'Ada pemimpin Melayu tak cinta bangsa sendiri'


Gabungan Penulis Nasional (Gapena) melahirkan kebimbangan dengan kewujudan segelintir pemimpin Melayu yang didakwanya sebagai tidak cintakan bangsa sendiri.

Ketua Satu Gapena Tan Sri Ismail Hussein berkata mereka sepatutnya menjadi pihak yang sentiasa berbangga dengan kemajuan bangsa sendiri dan bukannya mengaibkan bangsa sendiri.

"Sebagai contoh, ada pemimpin Melayu yang bersikap anti sastera Melayu," katanya semasa merasmikan seminar kenegaraan dan jati diri Melayu peringkat negeri Perlis di Kangar semalam, lapor Bernama.

Selain itu, beliau berharap bangsa Melayu terus dimartabatkan sewajarnya dalam gagasan 1Malaysia. [ lagi ]

Jalan dalam hutan, ternampak mengkarong .. tapi sebenarnya biawak .. hehehee
Share/Bookmark

2 comments:

one one no belen January 20, 2010 at 4:31 PM  

Salam.. mmg kenyataan tu. mana ada pemimpin yg sayangkan bangsanya.yg ada cuma syg dan nak cari duit lebih aje. maka berebut rebutlah melobi.bila dpt kuasa dptlah buat duit .biasalahkan..

Anonymous,  January 21, 2010 at 11:21 AM  

Ajenda nak membodek 1Malaysia. Apa mengahnya dengan bangsa yang berperangai korup, pembunuh, penipuan dan megerjakan kemungkaran dalam Islam. Kalau bangsa itu hebat kenapa dari dulu hingga sekarang maseh tercungap-cungap tak boleh mengatasi bangsa lain dipersada kemajuan yang ada. Inilah dasar nak memperbodohkan bangsa. Menang sorang rakyat tergadai.

Blog list