40,000 Pekerja Swasta Diberhenti Akibat Krisis Ekonomi
Jumlah pekerja sektor swasta yang diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi global sejak tahun 2008 tidak membimbangkan jika dibanding dengan krisis ekonomi sebelumnya, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan.
Beliau berkata sejak Disember 2008 hingga akhir tahun lepas jumlah pekerja yang diberhentikan adalah sekitar 40,000 orang berbanding lebih 80,000 pada krisis terdahulu.
Jumlah 40,000 itu termasuk 3,000 orang yang berhenti secara sukarela dan kebanyakan yang terlibat adalah daripada sektor perkilangan, katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Sijil Kepada Peserta Program "Train and Place" kelolaan Yayasan Murni Kelantan, di sini hari ini.
Maznah berkata bagi membantu golongan itu kerajaan telah menganjurkan pelbagai program pemulihan seperti kursus menjahit bagi mendedahkan mereka kepada peluang pekerjaan baru. [ lagi ]
Perghhhh .. ramai nye ...
Aku masih dengan masalah gula .. he he he
3 comments:
Kata orang kita bila iraq di bom...tak apa bukan tempat kita...bila gaza dihentam oleh yahudi..tak apa bukan negara kita
bila 40,000 orang kena buang kerja tak apa belum sampai 80,000 lagi..itulah orang kita yang menyebabkan ada orang kekenyangan mentekedarah haram.
ratusan ribu siswazah masih menganggur
rakyat patut buatkan ahli politik BN/UMNO menjadi penganggur dalam PRU13
Post a Comment