Rakan WARTAMAYA

Thursday, December 17, 2009

Wujud undang-undang sihir elak amalan menular


SHAH ALAM – Kerajaan diminta mewujudkan undang-undang sihir bagi mencegah amalan negatif itu terus menular dalam kalangan masyarakat seperti pasangan suami isteri dan penjenayah.

Perkara itu dinyatakan tokoh-tokoh agama dan pengamal undang-undang dalam satu majlis perbincangan ilmiah bertajuk ‘Bentuk-bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis’ anjuran Jabatan Mufti Selangor, semalam.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, kertas perbincangan termasuk cadangan mengenakan hukuman terhadap pengamal sihir itu akan dirujuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa dan seterusnya kepada Mesyuarat Muzakarah Faktwa Kebangsaan.

“Hasil perbincangan muzakarah ini akan dirujuk ke peringkat tertinggi dan dipersembahkan dalam Majlis Raja-Raja. [ lagi ]
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  December 17, 2009 at 1:47 PM  

Dalam Islam, pengamal sihir dihukum mati. Jadi pada pandangan saya, pulangkan sahaja kerja/benda sihir yang dilakukan itu kepada penyihir itu - biar mengelupur hasil perbuatannya sendir. Asalkan kita juga tidak menggunakan sihir sebagai pengantara pulangan itu. Jadi tak payah susah-susah buat akta.

Tapi tulah masalah di Malaysia, ustaz-ustaz pandai merawat penyakit akibat sihir jarang memulangkan sihir tu pada pembuatnya dengan alasan ingin mereka bertaubat. Sedangkan terang-terang ahli-ahli sihir itu syirik pada Allah dan menentangNya. Hukum Islam dah menetap menghukum mati pada ahli sihir, jadi ustaz-ustaz wajar memikir semula persoalan ini.

Blog list