Tiada Laporan Dalam Penjualan 1.4 Hektar Tanah Di Georgetown - Lim
PULAU PINANG: Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata tidak ada penyelewengan yang berlaku berkaitan jualan sebidang tanah seluas 1.4 hektar di Georgetown.
Lim berkata dakwaan terhadap kerajaan negeri yang mengenakan bayaran premium yang rendah kepada PDC Heritage Hotel Sdn Bhd (PHH) bagi tanah itu adalah satu dakwaan yang dibuat tanpa kajian teperinci.
Beliau berkata permohonan pembelian tanah itu melibatkan dua permohonan yang dibuat secara serentak iaitu permohonan pindah syarat dan permohonan menukar jenis pegangan tanah.
"Memang benar tanah ini mempunyai nilaian yang sangat tinggi di mana ianya dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada harga RM2,7000 semeter persegi atau RM270 sekaki persegi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment