Rakan WARTAMAYA

Friday, December 4, 2009

Tarif air, elektrik dikaji


KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kerajaan akan terus mengkaji tarif utiliti termasuk elektrik untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan memelihara kepentingan rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ketika ini kerajaan masih meneliti kadar itu dan kajian berkenaan dijangka memberi faedah kepada semua.

“Secara amnya, memang kerajaan sedang memantau keseluruhan tarif utiliti supaya harga yang ditawarkan setanding dengan negara-negara lain di rantau ini.

‘‘Apabila ramai memperkatakan mengenai persaingan di Malaysia, masalah bekalan utiliti, harganya yang mahal sering dibangkitkan dan kerajaan sedang menelitinya,’’ kata beliau.

Ahmad Husni berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pasaran Modal Malaysia Ke-14 anjuran Institut Kepimpinan Strategik Asia di sini hari ini.

Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.- + selanjutnya

Ni pun biase bro .. bila kaji harapkan turun .. rupanya naik.
Sejarah mengajar bro .. dan namanya 'barang naik'
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list