Rakan WARTAMAYA

Friday, December 18, 2009

Rakyat dibebani RM6.4 bilion cukai



KUALA LUMPUR - Pasukan Khas Anti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyifatkan pengenalan cukai itu akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperoleh daripada pihak industri.

Ahli Jawatankuasanya, Tony Pua berkata, kenyataan bahawa rakyat tidak terbeban dengan pengenalan cukai tersebut dan dalam masa yang sama meningkatkan pendapatan negara sebagai tidak masuk akal.

“Jika perolehan cukai daripada peniaga akan dikurangkan sehingga RM5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM6.4 bilion akan diperoleh daripada rakyat.
[ lagi ]
Share/Bookmark

1 comments:

tok iskandar December 18, 2009 at 7:23 PM  

Bila cakap pasal demokrasi,Abraham Lincoln mantan presiden Amerika pernah berkata of people by people for people.

maknanya kerajaan yang memerintah tapi mengikut kehendak rakyat.bukan kerajaan memerintah dan rakyat kena ikut dengan membuta tuli.

ambik contoh masjid.perlantikan ajknya patut mengikut pilihan kariah dan bukan kehendak jabatan agama islam negeri.

dah sah kariah masjid tahu apa yang terbaik buat mereka.bukan semuanya ditentukan oleh kerajaan.
kenapa perlu semuanya umno?ahli PAS dan PKRpun layak.inilah namanya politik balas dendam.
asal kalah je pilihanraya rakyat yang menyokong pembangkang akan dinafikan hak mereka dan negeri itu akan dikurangkan atau dilambatkan peruntukan kewangan.

kita kena ingat bukan semua orang umno yang bayar cukai.yang culas bayarpun ada.bila dah yang bayar semua cukai tu termasuk ahli PAS dan PKR,jadi mengapa amalkan amalan keji sebegini.rakyat selangor bayar cukai pada kerajaan persekutuan cecah RM16 bilion tapi kerajaan pusat beri peruntukan kepada selangor hanya RM400 juta.reti ke tak kerajaan pusat yang dikuasai BN ilmu hisab.

kita boleh tengok rakyat yang sokong pembangkang diberikan layanan kelas kedua.

media pulak tak laporkan berita yang sepatutnya.inilah menghilangkan kepercayaan rakyat kepada institusi media.

dulu ketika PRU yang buat julung kali ditandingi semangat 46.gambar kuli memakai sigah yang nampak seolah-olah salib diperbesarkan oleh media.impaknya semangat 46 kalah teruk.

dulu sama sekarang pun sama.kita boleh lihat kecenderungan media arus perdana memainkan sentimen perkauman dan agama.Kita boleh lihat apa yang berlaku di selangor,perak,pulau pinang dan negeri-negeri lain.

sampai bila kita harus melihat pembohongan umno dan bn.rakyat yang harus menilai dan memperbetulkan kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan.

Pakatan rakyat perlu bersatu untuk menghalang umno dan BN terus merompak harta kekayaan negara.

Blog list