Pemansuhan Subsidi Gula Perlu Dikaji Dengan Teliti
PETALING JAYA: Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason merasakan hasrat kerajaan untuk menarik balik subsidi terhadap gula yang baru di peringkat cadangan harus dilakukan secara berperingkat dan dikaji secara teliti.
Marimuthu dalam kenyataannya ketika dihubungi mStar Online memberitahu, bekalan gula harus mencukupi di pasaran dan kerajaan harus melihat kesan pemansuhan subsidi ini kepada golongan miskin tegar sebelum melaksanakan cadangan tersebut.
"Penekanan terhadap golongan miskin harus menjadi keutamaan kerana ianya bakal membebankan mereka," katanya. - + selanjutnya
1 comments:
itu maknanya rege air kopi kat kedai mamt akan naik lah jawabnya... tak merasa kopi o lah jawabnya... he he he
Post a Comment