Parlimen siasat setpol Najib

Parlimen hari ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan seorang ahli parlimen PKR bahawa beliau "dihalang" setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dewan itu semalam.
Penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat ekoran usul tergempar Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap Datuk Shafie Abdullah kerana mengganggunya.
Bercakap kepada pemberita selepas usul itu diluluskan, Wee berkata, beliau telah didatangi setiausaha politik perdana menteri di lobi Parlimen sejurus selepas beliau membangkitkan isu yang membabitkan individu berkenaan dalam satu perbahasan. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment