Rakan WARTAMAYA

Tuesday, December 8, 2009

BN pula disaman RM546 juta kes kontrak iklan


[...] Pada 7 Dis 2007, PPSB menfailkan saman terhadap BN kerana menamatkan perjanjian bertarikh 5 Jan 2006, untuk membekalkan dan mendirikan papan iklan luaran bagi BN untuk mempromosikan BN semasa pilihan raya umum.

Syarikat itu yang dilantik sebagai ejen untuk mendirikan papan iklan bagi BN, menamakan BN melalui pegawai amnya Datuk Yaakob Mohammad, sebagai defendan.

PPSB, dalam pernyataan tuntutannya, mendakwa mengikut perjanjian, BN berhak menamatkan perjanjian itu pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan daripada perjanjian itu ditandatangani tetapi BN telah mengeluarkan notis itu selepas enam bulan perjanjian ditandatangani.

Akibat itu, syarikat itu mendakwa telah mengalami kehilangan keuntungan sebanyak RM546,552,800 termasuk kos mendirikan papan-papan luaran, pendapatan tahun pertama dan kedua dan jumlah pendapatan sepanjang 10 tahun.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list