Rakan WARTAMAYA

Tuesday, December 22, 2009

Nizar: Dua Enjin Pesawat Lesap, Cermin Kepimpinan Najib


Tragedi kehilangan dua enjin pesawat tempur , F-5E, milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang hilang masing-masing berharga RM50 juta secara jelas memperlihatkan kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai pemimpin.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, Najib gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pertahanan apabila jelas tragedi itu berlaku sewaktu beliau memegang jawatan itu.

Nizar berkata, rakyat seharusnya membuka mata berhubung isu ini dan sedar bahawa Najib telah mengabaikan tanggungjawab yang diberi .

“Ini membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa orang yang kita amanahkan mengabaikan tanggungjawab mereka termasuk Menteri dan juga Perdana Menteri sekarang. Di mana, satu hilang di zaman dia sebagai Menteri Pertahanan dan satu lagi hilang di zaman dia sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Kedua-duanta memberikan gambaran berkenaan Najib,”katanya.[ lagi ]
Share/Bookmark

2 comments:

kamaliah,  December 22, 2009 at 5:44 PM  

diam2 sudahlah,enjin tu kita org guna sebagai pelancar C4 je...testing...testing

Cina Jawa,  December 22, 2009 at 9:53 PM  

Alooo, pakcik nijar.. lu lagi teruk maaa, negeri hilang lo

Blog list