MIER: Pelabur asing tak endah 'gula' insentif
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyeru agar kerajaan mengkaji semula, dan membatalkan sistem insentif yang diberikan kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI). Secara terus terang, MIER menyatakan bahawa insentif gagal menarik pelaburan asing. Sebaliknya, kerajaan perlu memberi tumpuan untuk menyelesaikan gejala rasuah dan birokratik di Malaysia agar mewujudkan suasana perdagangan yang mesra kepada pelabur asing.
Selain itu, MIER menganggap Model Ekonomi Baru yang diketengahkan kerajaan Najib mungkin menghadapi masalah. Pengurangan kebergantungan kepada eksport, dan mengalih kepada ekonomi perkhidmatan yang berdasarkan keperluan dalaman sebagai langkah perangsangan ekonomi, mungkin tidak sesuai memandangkan Malaysia hanya mempunyai populasi yang rendah.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment