Laporan Bukit Antarabangsa Akan Tetap Didedahkan
Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap akan mendedahakan laporan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa atas dasar keadilan kepada mangsa kejadian.
Bercakap dalam satu sidang media di ibu negeri hari ini, Tan Sri Khalid berkata kerajaan negeri akan mencari pelbagai ruang dan kaedah kerana rakyat Selangor berhak tahu punca tragedi itu.
Tan Sri Khalid ditekan dari pelbagai sudut oleh Kerajaan Persekutuan dan media arus perdana dari mendedahkan dokumen Akta Rahsia Rasmi itu.
Beliau turut diancam tindakan undang-undang, dan menghadapi kemungkinan diheret ke mahkamah.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment