Rakan WARTAMAYA

Friday, December 4, 2009

Kejadian pelik kereta di jalan madhali tak boleh dikunci


ALOR SETAR 4 Dis. — Beberapa pemilik kereta yang meletakkan kenderaan mereka di Jalan Madhali berhampiran sebuah hospital swasta di sini berasa pelik kerana kenderaan mereka tidak boleh dikunci secara automatik dan membuatkan mereka bimbang kereta mereka akan hilang.

Seorang pemandu, Tan Cheng Choon, 47, berkata, ketika dia meletakkan kenderannya di situ untuk menjamu selera di sebuah kedai makan berhampiran tetapi keretanya tidak boleh dikunci secara automatik.

"Saya terpaksa menggunakan kunci manual tetapi apabila saya mahu pulang, enjin pula tidak boleh hidup,” katanya ketika ditemui di tempat letak kereta di situ hari ini. - Bernama
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list