Rakan WARTAMAYA

Monday, December 14, 2009

Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - ulama


KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.

Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.[ lagi ]
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  December 14, 2009 at 5:31 PM  

Pelik Malaysia ni dibawan pimpinan Kerajaan BN yg diterajui oleh UMNO Melayu yg mengaku menganut ISLAM..Tetapi kepercayaannya pada agama ISLAM boleh diragukan..

Anonymous,  December 15, 2009 at 1:32 PM  

memberi salam bererti mendoakan satu nilai baik melalui salam tersebut. cth. salam sejahtera,salam bahagia, salah muhibah, salam mesra dll. salam 1 malaysia ni apa nilai positifnya?nak mengampu tu biarlah berpada. sakit telinga aku mendengarnya. tak ada makna langsung!

Blog list