Dewan Tolak Usul Bincang Laporan Kewangan Petronas
Usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) bagi membincangkan Laporan Kewangan Petronas untuk separuh tahun pertama 2009 ditolak Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usul itu tidak mengikut Peraturan 18(2) kerana tidak mempunyai perkara yang tidak perlu disegerakan.
Bagaimanapun beliau berkata perkara itu masih boleh dibangkitkan pada masa akan datang contohnya ketika Dewan Rakyat membahaskan bajet tambahan.
Melalui usul berkenaan, Anwar berkata, laporan itu menunjukkan kejatuhan purata pendapatan Petronas sebanyak RM58 bilion atau 37.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang diumumkan pada 8 Disember lalu.[ lagi ]
1 comments:
Assa'lamualaikum,
Minta jasa baik tuan empunya blog tolong linkkan blog saya di blog ini. Kerjasama tuan amat saya hargai, terimakasih.
Post a Comment