Jonah ditahan kerana edar risalah di Masjid Negeri
Solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam hari ini menyaksikan ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengepung perimeter masjid.
Polis dikerah ke bangunan suci ini bagi membendung tindakan Angkatan Muda Keadilan mengedar risalah memorandum, sejurus selepas solat.
Dipercayai risalah tersebut diedar bagi mendesak Mahkamah Syariah lebih telus dan bebas daripada campurtangan pihak pemerintah.
Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dan Timbalannya, Azizi Ahmad ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk disoal-siasat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah reman ke atas kedua-dua yang ditahan dan akan disoal siasat di bawah akta Mesin Cetak kerana mengedar risalah tanpa permit.[ lagi ]
0 comments:
Post a Comment