Rakan WARTAMAYA

Tuesday, December 22, 2009

Gua sendiri sembelih maa ...


Bak kut teh halal boleh kelirukan umat Islam - Jakim

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, makanan itu tidak akan mendapat sijil halal berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Jakim.[ lagi ]

Teringat citer kawan .. citernya lebih kurang ..
Kong He Fat Choi .. gi rumah kawan berbangsa Cina
"Sila makan ..." kata kawan Cina.
"Tak per .. kami tak boleh makan yang ini", tunjuk pada masakan ayam.
"Tak per .. ini sudah sembelih ma .. gua sendiri sembelih", kata kawan Cina.
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  December 22, 2009 at 3:23 PM  

macammana dengan makanan lain spt Burger,pasta, dan banyak lagi makanan dari barat yg asasnya di buat dengan daging babi ,cuma di malaysia guna daging lain dari daging babi...bakuteh yg guna daging halal tidak pula boleh..cuma nama saja,mentang2 buatan cina ja ...susah dapat pengiktirapan ....cuba kalau orang britis/barat/putih yg cipta bakuteh mungkin adalah resipi bakuteh melayu..cehhh..padahal cuma isi saja di tukar macam burger kalau di barat rata2 isinya daging babi(pork/bacon/ham) tapi sebab orang putih/britis/barat yg buat sekarang ada sudah burger ramli(malay food) padahal pada asas burger guna daging babi.sepatutnya kalau nak haram makanan barat seperti itu pun kena batal sijil halal.kena guna kueh ramli bukan burger ramli..BUKA FIKIRAN KITA

Blog list