Rakan WARTAMAYA

Saturday, December 19, 2009

Ceramah Penerangan Kes Qazaf Di Banteras Polis


Sejurus selepas penahanan dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan petang tadi, polis dikerah mengepung sebuah dewan serbaguna di Taman Medan, Petaling Jaya malam tadi.

Ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan dikerah ke dewan tersebut bagi menghalang sesi penerangan Angkatan Muda Keadilan dari berlangsung.

Manakala anggota-anggota polis kelihatan mengadakan sekatan jalanraya di beberapa jalan masuk menuju dewan itu.

TV Selangor difahamkan ceramah malam tadi adalah kesinambungan kempen sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat menerangkan perkembangan terkini kes Qazaf Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Naib Ketua AMK Khairul Anuar dan Exco AMK Azizi ditahan pihak berkuasa kerana mengedar risalah kes Qazaf kepada orang awam sejurus selepas solat Jumaat.

TV Selangor difahamkan AMK mendesak kes Qazaf Ketua Pembangkang diteruskan bicara di Mahkamah Syariah, dan menyifatkan penangguhan kes itu adalah campurtangan serius Eksekutif dalam aturcara keadilan Islam. - TVSelangor
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list