Beri Kami Ruang Siasat Hassan Ali
PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan yang dijalankan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Beliau meminta agar pihaknya diberikan masa untuk membuat penelitian dengan terperinci berhubung perkara berkenaan.
"Saya harap jangan ada pihak yang buat apa-apa andaian lagi, bagilah kami ruang untuk teliti perkara ini dengan lebih mendalam.
"Jangan buat spekulasi berhubung siapa yang salah atau siapa yang betul, kita perlu buktikan dahulu dengan fakta.[ lagi ]
5 comments:
Penghuni Gua : Pandai pulak si Tuan Ibrahim dan PAS ini minta tangguh dan meminta dia diberi ruang dan masa untuk menyiasat dengan teliti kes Dr Hassan Ali dan kerajaan Perpaduan. Juga beliau merayu semua pihak jangan berspekulasi siapa yang salah dan betul serta berikan masa untuk nya buat siasatan terperinci.
2. Nampaknya Tuan Ibrahim meminta talian hayat. Kepada Tuan Ibrahim : ini bukan kes jenayah atau rasuah. Apa yang lama sangat nak siasat. Bukan kena hantar barang kes ke forensik pun. saksi pun bukan orang lain yang perlu dicari hingga ke lubang cacing. Semuanya pemimpin dan ahli PAS.
3. Kalau kerajaan atau kes yang melibatkan pengawai penguatkuasa anda dan PAS bukan main mengecam kata kerajaan lambat, tidak proaktif, macam kura-kura, ada agenda sebab tu lambat, ada tangan ghaib sebab itu lambat siasat, makan duit haram sebab itu lambat siasat dan berbagai penghinaan lagi penghinaan dan maki hamun anda kepada pegawai kerajaan yang menyiasat kes-kes jenayah.
4. Kena tang anda : macam siput bab dan kura-kura aje kemajuan siasatannya. jadi lain kali lebih baik diam le dalam hal komitmen, proaktif dan kecekapan kerajaan dan pegawai penguatkauasa seperti SPRM dalam membuat siasatan. Siasatan anda dalam kes tatatertib pun memakan masa hampir 3 bulan , pun tak kemana lagi pun.
5. Piiiirahhhh. Cakap aje lebih. Mahfuz juga sama! Jangan cakap pada orang le bab kecekapan dan kelembapan kerajaan dan pegawai penyaiasat kerajaan. Baiknya si Mahfuz ini berikan nasihat dan maki hamunnya kepada Tuan Ibrahim. Itu lebih afdal.
6. Punggung sendiri pun penuh tahi. Jadi jangan nak cuba intai punggung orang lain le. Sudahlah.............Meluat kami dibuatnya.
Posted by Arif Omar at 16:23 0 comments Links to this
Salam Wak
Kritikan timbul disebabkan siasatan yang lembab menyebabkan ramai ahli yang gelisah.
tadi anak den nyanyi - 'Please , please, please.... kamu jangan nakal nanti aku datang bawa yang kau pesan... diriku, untuk muuuuuu....'
siasatlah berapa lama kamu nak, lagi lama lagi bagus, pastu tutup kes saja,
bahalol punya tuan man, cakap tak serupa bikin! nyesal sokong pr
tangan ust kena ikat ke? kesiaaannn. ahli2 pas masih tak boleh baca ke? pas ganu kat jln raja laut cengkam kuasa betul2. saya nasihat ust kalau tak mampu, letak jawatanlah... ust macam dipoketkan je... atau ust yg pilih masuk poket?
Post a Comment