99 peratus banduan mati akibat masalah kesihatan - Hishammuddin
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Hampir 99 peratus daripada 2,587 penghuni penjara meninggal dunia di hospital akibat masalah kesihatan dari tahun 2000 hingga 23 Nov lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Memetik perangkaan Jabatan Penjara, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, 2,555 kes kematian banduan berlaku di hospital ketika mereka menjalani rawatan terutamanya penyakit HIV.
"Penyebab kematian lain ialah penyakit septicaemia, tibi, kanser, sakit jantung, masalah darah serta asma,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Mustafa Kamal Mohd Yusoff mengenai bilangan dan punca kematian banduan penjara sejak tahun 2000.[ lagi ]
1 comments:
Laporan boleh dibuat mengikut kehendak hati. 2 X 3 boleh dikatakan 5 bila ada pihak yang mahu jawapannya 5 dan pihak lain tidak diberikan hak untuk menentangnya.
Jangan jadi bodoh dan jangan bodohkan orang lain!!!!!
Post a Comment